Keblinger

Keblinger

It is not easy as you can see

| Thursday, May 19, 2011
Wah tajok yg suspend. Saje je aku nak buat tajok tu. Mak sebenarnya nak story ngan korang pengalaman mak belajar sepanjang 4tahun di UTM secara part time ok...bukan full time. So maksud part time tu confirm seseorang tu ada commitment lain. Especially macam aku ni seorang yang bekerja, seorang ibu dgn 2 anak yg masih kecil. I tell you, it is not easy. Mana ko nk handle keje office, keje rumah, laki nak makan, anak-anak yang still bf, family in laws, family sendiri. Aku takde maid ok, so aku la maidnye. Lagi nak kena fikir nak bahagi2kan masa, sedara mara jemput kenduri kawen. Bagi aku kalau laki yg dah berkawen samb belaja tu tak kisah lg..sbb mostly isteri yg buat sume tu. So laki tak yah fikirkan sgt, so bole tumpukan pada pelajaran.

Ok, meh mak story serba sket sejarah bermulanya menceburkan diri utk sambung belaja. Niat suci murni aku ni asalnya pada tahun 2006. Masa tu aku dalam unit call center shift hours 24 x 7. Kira hari2 kena maki hamun dengan customer, kekadang sampai nangis2. Aku bukan handle customer streamyx ok. Aku handle customer VIP. So korang faham2 la kalo org VIP ni punye songel mcm mane. Masa tu aku tengok kawan2 yg dlm unit tu kebanyakkan tgh sambung study. Sebab diaorg pasang niat nak keluar dari unit tu. Sebab takde cara lain utk keluar selain kena ada degree. So, diaorg la bagi semangat kat aku utk sambung belaja. Aku mmg banyak terima kasih pada Ina & K.pah. Diaorg berdua adalah senior aku kt UTM. Dan sekarang mereka dah jadi executive yang berjaya.

Bermula la cita2 aku nak samb. Tp fikirkan aku tengah pregnnt kan yana time tu. So aku stop dulu niat suci murni ku itu. So bila yana dah selamat dilahirkan. Bermula la misi aku ngan arif untuk mencari pembantu rumah. Mengenangkan anak2 terlalu rapat. Sofea masa tu baru nak masuk 2 thn. Si adik plak kecil lagi. Mane aku nak jaga 2-2. Arif plak masa tu dapat kerja offshore under sapura oil & gas. Jadinya dia kena pegi laut. Kekadang arif pegi smp 3 bulan. Tapi malangnya setiap maid yg kami dpt tu semuanya bermasalah. Asyik bersilih ganti je maid kitaorg. Asyik dgn masalah maid masa tu, so aku pun stopkan dulu cita2 nak samb belajar demi fikir family lagi penting dan kena tunggu family stabil dulu. Mmg dugaan betul time tu. Dengan arif pergi offshore...aku yg nak drive pergi keje...bwk anak2 yg masih kecil. Dah laa masa tu rumah ngan opis bukan nye dekat dengan maid buat hal. Sampai la agensi bg maid yg ke-6 ni baru la rasa ok sket. Maid dia semenggah la juga. Takde la perfect sgt tp bole la di harap. Masa tu kira okla sbb dah 3 bulan maid tu bole still bertahan dgn aku. Kalau ikutkan sume maid yg aku dpt sebelum ni x smp seminggu aku dh hantar balik kat agen. Tak tahan aku wey.

So bila kehidupan aku dah back to normal. Aku pun apply la nak sambung belajar kat UTM-Space KL . Since UTM KL tu dekat ngan office dan rumah walaupun yuran nye agak mahal sket. Tapi fikir nak apply YTM, so aku tutup mata la pasal yuran tu. Lagi pun arif selalu takde kat rumah aku pun on la utk sambung belajar. Fikirkan ada maid nak jaga anak-anak. Alhamdulillah permohonan aku utk intake July 2007 dapat.

Tapi tak habis kat situ je. Bila aku baru nak start belajar satu semester....dugaan aku dtg semula. Bila maid yg baru keje ngan aku 8 bulan nak berhenti. Alasan dia nak keje opis...tak nak jadi org gaji...ya ALLAH....rasa nak pengsan ko. Memang 1st sem tu result aku jatuh teruk. Tambah plak masa maid nk berhenti tu....ariff takde kat malaysia....dia masih kat offshore. Korang tau laa nak call kat offshore pun susah. Aku cuba merayu ngan maid tu suruh tunggu smp arif balik. Tp dia tak bole tunggu lagi. Dapati gaji terus nak berhenti. Aku fikir dari dia tinggalkan anak2 aku kt umah masa aku keje...so lebih baik aku lepaskan dia. Korang bygkan laa masa tu aku sorang2 nak kena cari pengasuh lain, dengan nak fikir pasal kerja, nak fikir pasal belaja lagi. Pastu aku nak kena cari org jaga anak2 masa weekand sbb nak pegi kelas. So aku decide nak cari pengasuh area office (keramat).

Atas bantuan seorang kwn arif . Mmg berterima kasih pd dia. Nama dia asmak (kwn silat arif). Sekarang asmak pegawai PTD yg berjaya. Asmak minta aku pegi jumpa k.biah (nama pengasuh) Sbb kebetulan asmak menyewa kat belakang rumah pengasuh tu. So aku pun cepat2 pegi umah k.biah aku minta ayah mertua aku jaga anak2 jap..sementara nak cari pengasuh. Sbb nak fikir nak bwk diaorg berjln2 tgh terik panas time tu. Masa aku jumpa k.biah, mula-mula tu k.biah berat hati nak ambil. Sbb dia tak jaga budak pun. Jenuh gak aku pujuk rayu minta jaga anak2 aku. Soalan pertama k.biah. Anak ko pumpuan ke laki? Bila aku ckp pumpuan. Dia mcm ok sket, x tau nape. Tapi dia bagi syarat. Nak tgk anak2 aku dulu. Kalau ok..baru dia terima. So aku pun bawak laa anak2 aku. Masa tu yana masih kecil lg, merah lagi masih berbedung, rasa masa tu aku blum cukup100 hari pantang. sofea plak jln pun tak stabil lagi.....gamaknya k.biah kesian tgk aku kut...so dia terima la utk jaga sofea & yana. Syukurrr sgt2. So aku decide weekand aku hantar anak2 aku kat rumah mak ayah aku kat putrajaya. Mmg letih laa kira nak travel jauh dari ampang ke putrajaya...dgn duit byk pakai ulang alik tu. Tp aku gagahkan diri jugak. Tapi masa tu org yg aku paling kesiankan...adalah sofea. Mmg sedeh aku tgk muka sofea masa tu. Dah laa dia kecil dah beradik....masa tu dia patut nak bf, tp aku kena stop sbb kena bagi laluan kat adik dia. Sbb susu aku x byk...so nak supply utk 2-2 skali tak cukup. Mmg sedih tgk keadaan sofea....dgn demam je selalu. Masa tu rasa nak berhenti belaja. Aku rasa mcm aku ni seorang ibu yg kejam, jahat, selfish...mcm2 laa. Aku dah tak sanggup nak teruskan lagi pengajian aku nak dptkan degree tu. Sebab setiap kali pegi kelas mesti menitik air mata, kekadang dlm keta tu aku meraung sekuat2 hati. Tp mak/ayah aku terus bg semangat kat aku. Suruh teruskan usaha aku tu. Diaorg selalu cakap "along, ni masa depan ko dan family. Jgn risau laa pasal anak2 ko tu, tau la mak jaga cucu2 mak nnt". Legaa sket hati ni. Korang tau tak kadang2 aku terpaksa berpisah ngan anak2 especially nak final exam. Ada tu sampai 2 minggu tak jumpa anak2 aku...dgn tel je. Sbb aku nak tumpukan pada study....masa tu tuhan je tau....bertapa rindunya aku ngan diaorg. Masa tu la start susu aku dah kurang. Sbb selalu berjauhan ngan anak2. Kira yana tu menyusu bdn tak smp setahun. Aku pegi kelas pun asyik xde mood je. Sampai la satu hari tu....aku kena brain wash ngan study group aku. Bermula tula...aku bangkit semula....aku pegang pada prinsip " Kalau anak2 aku, laki aku dan parents aku boleh berkorban utk aku...nape aku tak boleh memberi sesuatu utk diaorg. Iaitu keputusan yg cemerlang" So start dari situ lah....aku bangkit semula dgn azam baru utk belajar betul2....aku ngan group aku...kitaorg pulun abis abisan....sampai aku last semester ni..dan syukur aku dpt keputusan yg cemerlang. Aku cuma berbekalkan gambar anak2 aku, dan setiap kali kat UTM aku akan tgk gambar diaorg....utk membakar semangat aku balik utk terus belaja hingga ke garisan penamat.

Arif pun tak lama kerja offshore. Aku masuk 2nd year study arif buat keputusan nak berhenti dari offshore, Sebab dia pun tak tahan nak berjauhan ngan family. So dugaan kami sekuarga dtg semula bila arif buat keputusan utk berhenti dan dia jobless. Mmg financial problem family time tu. Aku punye semangat pun drop balik. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan arif mencari kerja....arif pun dpt laa keje baru balik. Walaupun gaji takde la sebesar masa di offshore dulu. Kira kehidupan aku mmg mcm roda. Ada masa di atas ada masa dibawah. Tp itu laa lumrah kehidupan kan. So bermula dari itu laa arif ambil alih jaga anak2 during weekand sampai aku tamat belaja skang. Arif la uruskan keperluan anak2 masa aku takde.

Kalau korang nak tau, Bila nak belajar ni. Bukan setakat family je kena fikir. Kekadang kerenah kawan2 sekuliah pun ada. Macam-macam peel ada manusia ni. Ada kawan yang sleeping partner. Kira buat assignment tak nak tapi nak tumpang nama. Itu mmg selalu berlaku. Kekadang kita dah bagi tugas masing2 dlm ahli kumpulan, tp nak tunggu diaorg punya hasil mmg payah. Sampai kena call byk kali. Kena sentiasa ingatkan. Kena slalu followup. Mmg kalau assignment berkumpulan ni mmg kena ada kepala. Kalau tak mmg susah nak organize. Kekadang aku fikir lebih baik buat sendiri.

Belum lagi waktu nak final exam. Ada gak yang tak penah masuk kelas. Selalu minta kita sign kan attandence. Pastu besok nak final exam. Hari ni baru terhegeh2 nak cari kita kat library minta kita ajar apa yg patut....bila aku tanya nape lambat study? mcm2 alasan diaorg bagi ckp diaorg bz laa...boss tak bg cuti laa....tp study group aku kitaorg tak kisah nak ajar....masa tu kita bole tau samaada kita ingat tak apa yg kita study selama ni. Sambil kita mengajar ingatan kita akan semakin kuat. Satu lagi prinsip kitaorg....jgn sekali pun kedekut ilmu. Sbb apasalahnya kalo org lain dpt A. Bukan kita rugi ape pun.

Tapi benda yg aku paling benci skali bila. Assignment kita di ciplak bulat2 oleh org lain. Dan disbb kan itu lecturer potong markah alasan dia kata kita tiru satu sama lain....mmg aku geram. Sebab asalnya budak tu kata nak tgk contoh mcm mane buat. Takkan aku kata tak bole kan. Karang ckp aku kedekut. Tapi last waktu nak hantar, budak tu cuma tukar cover...isi dlm sume sama. Bodoh btul...apesal laa...tak edit2 sket...tukar font ke....tukar yg atas ke bwh yg bwh ke atas ke....itu pun malas korang tau tak...diaorg nie. Bila aku tanya balik budak tu...dia kata dia tak sempat....dan selepas aku marah giler2....budak tu buat keputusan jumpa balik lecturer dan citer kisah sebenar....dan akhirnya budak tu drop subjek tu. Mmg aku kesian..tp tak bole la tekan member mcm tu kan. Tapi series ly....aku cakap...yg selalu buat perangai ni...selalu student yg bujang. Selalu student yg dah kawen....lebih tinggi commitment. padahal ikutkan bujang laa byk masa..takyah pk anak bini, laki, nak pk masak ke....nak pk rumah ke. Sorry laa kalo ada yg bujang2 tu terasa. Tp tak semua laa...mostly. Mungkin sbb org yg dh kawen ni kena pandai arrange masa itu sbb diaorg bole handle semua ni.

Tapi ada gak dugaan yang berkahwin bila sambung belajar ni...especially perempuan ada anak (mcm aku la). Ada pengalaman kwn aku...tak boleh sebut nama ok sbb to personal. Ada kwn2 aku yang bercerai berai. Sebab husband tak faham. Siap husband curang kat belakang. Alasan husband dia ckp isteri jarang ada kt rumah. Kurang layanan. Sbb kwn aku ni sambung belajar asalnya sbb xde anak. So boring kat rumah tu yg dia samb belajar. Asalnya suami ok. Tp lama2 buat perangai. Mcm2 alasan kata bini tak jlnkan tanggungjwb sbg seorang isteri smp dia cari pumpuan lain....kesian kwn aku tu...last2 dia berhenti belaja....dia pun dah bercerai. Akhirnya apa2 pun x dpt. Aku ada pujuk gak suruh teruskan study..tp dia ckp...dia dah tak boleh tumpukan dah...sbb terlalu kecewa. pastu terus minah tu ilang...no phone sume tukar...lost ctc.

Ada yg budak laki yg dpt isteri yg tak memahami. Siap isteri tuduh suami ada pumpuan lain kat kelas. Pegi kelas sbb nk tgk pumpuan lain. Kira isteri yg cemburu buta gak laa. Ada penah kwn aku, kwn aku ni pumpuan la, tel mamat ni. Asalnya nak minta dia emelkan nota je. Skali wife dia angkat....siap kena maki hamun. Cakap...nape nak minta ngan husband saya nota? Sebesar2 UTM tu takde org lain ke u olls nak minta? Tolong jgn ganggu suami sy di rumah...bla ..bla..bla... last2 kwn aku letak je....yg si mamat tu masuk kelas beria minta maaf....sbb perangai bini dia. So start dari itu laa...geng2 aku tak berani nak tel student laki yg dh kawen.

Kalo korang nak tau ramai gak org yang aku jumpa sambung belajar sekerat jln je. Masuk belajar 1st sem....terus berhenti. Ada yg dah nak abis tapi akhirnya berhenti. Kira kalo korang nak tau statitisc UTM every year. Contohla kalau 100 org yg daftar hanya 70 je yg tamat sampai graduation. Kiranya suku hilang ntah ke mana.

Ikutkan banyak mende aku nak story ngan korang. Tp karang ada yg boring...tp apa pun moral of the story. Kalau sesiapa ada niat nak sambung belajar. Tak kisah laa degree ke, master ke, pHD ke....even sijil pun especially yg part time. Pesanan aku. Pertama skali kena ada persediaan yang kuat dari segi mental dan fizikal. Sebab belajar ni bukan main 2 ,3 bulan je...makan tahun. Dan kedua dan yg penting perlu ada restu dari keluarga. Sebab tanpa support keluarga semuanya tak akan terjadi. Cari la kawan2 yang bagus...bina study group yg bagus....jgn cari kwn2 yg menjahanamkan. Sbb kwn mmg main peranan penting. Sbb bagi aku belaja sorang2 tak membawa hasil ape2. Kalau dlm group byk input bole masuk. Apa2 pun perlu banyak2 bersabar dalam menempuh sebarang dugaan. Jangan apa yg aku citer ni buat korang takut ye. Ini sekadar renungan kita bersama. Minta maaf kalau ada statement aku buat tersinggung.




4 comments:

{ happy2gether } at: 7:53 AM, May 22, 2011 said...

Azie...mmg betul apa yg Azie cakapkan itu...pengorbanan utk berjaya itu mmg besar...org ingat mudah tapi kita yg melaluinya ajer tau kesusahannya...tapi mai salute azie sbb score dgn cemerlang...mungkin org tertanya apa la nak dikejarkan menjadi exec, tp org tak tau bila kita jadi non exec apa yg kita lalui kan...I'm proud of you, hugs.

{ Azie Rad } at: 5:07 PM, May 22, 2011 said...

thanks mai, Kita penah lalui sama2 kan...azie pun salute mai...belaja skali ngan zaimi masa tu kan...masa tu mai siap jwp final exam kat hospital. Bagi azie itu btul mencabar. Time sakit nak bersalin baru lepas..pastu fikir nak jwp final exam huhu. Apa pun azie bersyukur dgn apa yg tuhan kurniakan selama ni.

{ rina } at: 11:28 AM, May 24, 2011 said...

thanks kak azie for sharing ur experience..mmg smbg study is one of my wish list yg belum tercapai..ur writings ni jadik guidance jugak for me. anyway CONGRATULATIONS sbb berjaye menghadapi smue dugaan + berjaya abes study with grand result..actually bile sumthing yg susah + penuh dugaan untuk kite achieve..kite akan lebih menghargainya..

{ Azie Rad } at: 4:12 PM, May 24, 2011 said...

thanks rina sbb sudi baca luahan isi hati. Mmg terbuku nak cite...tp nak cari masa yg sesuai nak luahkan sume. Apa2 pun yg kita buat mesti ada dugaan dan cabaranye. Tp cara kita nak mengatasinya bagaimana. Lumrah kehidupan kan. Rina ada blog wow..bestnye...i follow

 

Copyright © 2010 Every day is An Adventure