Bismillahirahmanirahim....
Aku nak kongsi dgn pembaca semua satu kisah realiti yg sungguh menyayat hati buat pengajaran kita bersama. Iaitu kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Very touched..Hebat mana Seth Tan dalam cerita drama, lagi hebat seorang suami ini di alam realiti. Mereka berkahwin setahun lepas, kemudian terpaksa berjauhan sebab tempat kerja berasingan. Dapat jumpa jarang sekali. Alangkah bahagia pasangan suami isteri apabila dapat tahu mereka bakal dapat anak. Kemudian isteri berusaha utk berpindah ke KL utk bersama suami terchenta. Setelah berjaya dapat berpindah di KL dan selamat bersalin. Baru sebulan berpantang si isteri di sahkan menghidap brain cancer. Dari situ bermula kisah mereka, Norma & Talib.
Aku harap kawan aku munirah membenarkan entry ni di publishkan. Sorry moon aku cilok gambar2 ni dr blog ko. Beliau merupakan kakak ipar pada pasangan ini. Walaupun sekadar seorang kakak ipar. Tapi beliau seorang yg amat perihatin dan anggap norma & talib seperti adik kandungnya sendiri. Hatinya amat la mulia untuk membantu mereka berdua. Moon juga merupakan office mate aku merangkap sahabat baik. Dulu kitaorg satu office di cyberjaya. Tp sekarang aku berpindah ke Semarak. Tp apa pun kami masih di unit yg sama dan always keep in touch. Aku harap beliau sekeluarga akan terus bersabar dan kuat semangat dlm harungi dugaan ini. Kalau jumpa moon & sutan, mereka akan sentiasa senyum gelak tawa & ceria, kalau boleh taknak tunjuk kt org kesedihan yg mereka hadapi, tp di dlm hati hanya Allah sahaja yg tau apa yg mereka tanggung sekarang. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Kalau ko baca ni moon. Aku nk ko tau yg aku sayang ko!! Kalau boleh aku nak sentiasa berada di sisi ko, seperti dulu-dulu zaman kita bujang sewaktu kita satu office, kita share suka duka bersama....aku nak peluk ko kuat2 sambil nangis bersama. :(
-Talib & Norma-Seperti pasangan lain di luar sana. Pasangan muda ini menjalani kehidupan normal. Talib & Norma bercinta dan kemudian berkahwin. Kemudian tak lama mereka berkahwin norma di sahkan mengandung. Pasangan mana tak seronok bila dapat tau akan dikurniakan anak.
Alhamdulillah mereka berdua selamat dikurniakan anak laki yg sgt comel yg wajahnya tak saling tumpah seperti mamanya yg diberi nama Abdul Rafiq bin Talib yg bermaksud Hamba Allah teman yang mulia. Begitu indah maksud namanya itu. Sekarang bayi comel ini berumur 4 bulan. Tapi alangkah sedihnya apabila bayi yg baru sahaja di lahirkan. Tidak dpt belaian dari ibunya dan menikmati susu ibu kerana ketika itu norma sering mengadu sakit kepala. Tidak seperti wanita2 lain saat manis selepas bersalin menikmati waktu pantang yg perlu bertungku, mandi herba, bengkung dan sebagainya. Berbeza dengan nasib norma yg terpaksa menahan sakit kepala yg amat kuat, sehingga satu ketika norma tak dpt tanggung kesakitan sehingga pitam beberapa kali dan terpaksa bawak ke hospital. Amat mengejutkan apabila doc maklumkan bahawa norma menghidap brain tumor. Dan norma terpaksa di tahan di hospital utk mengeluarkan tumor itu, sejak saat itu la kehidupan Talib & Norma sekeluarga berubah.
Sedih melihat keadaan norma yang kini terlantar di katil. Tidak mampu bangun, bercakap dan menguruskan dirinya. Tak dapat jalani hidup seperti org lain. Menjalani tanggungjawab seorang ibu dan isteri pada keluarganya.
Tapi bersyukur norma dikurniakan seorang suami yg penyayang, dan sentiasa berada di sisi norma walau bagaimana pun keadaan yg berlaku. Sentiasa Talib ucapkan di telinga norma bahawa dia dan Rafiq sentiasa menanti kepulangan norma kepangkuan. Dan sentiasa yakin norma suatu hari akan sembuh. Atas izin Allah.

Gambar norma sebelum dibedah untuk membuang tumor di kepala. Beliau masih dpt membelai anak kesayangannya rafiq. Rafiq begitu tenang bersama ibunya. Walaupun ketika ini norma tidak mampu utk mendukung dan menyusukan.
Tapi kini Norma tidak mampu memegang anaknya lagi seperti dulu...badannya begitu lemah...hanya mampu melihat. Kasihan anak yang masih kecil yang tidak mengetahui penderitaan ibunya. Alangkah sedihnya....:(Dengan itu saya mengharapkan sumbangan pada orang di luar sana untuk bantu Norma & Talib. Supaya dana yg dapat dikumpulkan akan membiayai pembelanjaan mereka untuk mengusahakan perubatan secara traditional. Supaya dengan izin Allah satu hari nanti norma akan sembuh dari penyakitnya dan kembali bersama anak dan suami nya yg tercinta. Harapan semoga Talib terus kuatkan semangat. Semoga kita semua jgn putus harapan. Kita perlu berikhtiar sedaya boleh. Biar kita kalah dalam keadaan berjuang, dari kita mengalah sekarang. Semoga talib hang on. So pada sesiapa di luar sana yang ingin memberi sumbangan boleh masukkan ke akaun Norma. Mungkin sekarang hari mereka. Hari kita belum tahu lagi bagaimana. So mari lah kita memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan. Segala sumbangan korang semua saya amat amat berterima kasih
Akaun CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
Pada yang ingin mengikuti perjalanan hidup norma boleh pergi ke blog Munirah at http://miera301.blogspot.com/Tapi nak cari dalam blog moon entry norma agak bercampur aduk. So di sini saya summarize kan kisah norma dari mula sehingga kini.
Norma part 1 ~ 1 Mac 2011 Norma di sahkan ada brain tumor
Norma part 2 ~ 2 Mac 2011 Doc pasang shan di kepala Norma
Norma part 3 ~ 6 Mac 2011 Norma & Talib 1st Anniversary
Norma part 4 ~ 8 Mac 2011 1st Operation remove tumor
Norma part 5 ~ 14 Mac 2011 Norma HKL day 14
Norma part 6 ~ 20 Mac 2011 Norma ICU day 5 HKL day 20
Norma part 7 ~ 22 Mac 2011 Norma HKL day 22
Norma part 8 ~ 25 Mac 2011 Norma HKL day 25
Norma part 9 ~ 27 Mac 2011 Norma HKL day 27
Norma part 10 ~ 28 Mac 2011 Norma HKL day 28
Norma part 11 ~ 1 April 2011 Norma HKL day 32
Norma part 12 ~ 3 April 2011 Norma HKL day 34
Norma part 13 ~ 5 April 2011 Norma HKL day 36
Norma part 14 ~ 7 April 2011 Urgent Norma makin lemah
Norma part 15 ~ 8 April 2011 Norma HKL day 39
Norma part 16 ~ 11 April 2011 Norma HKL day 42
Norma part 17 ~ 15 April 2011 Norma HKL day 46
Norma part 18 ~ 18 April 2011 Norma HKL day 49
Norma part 19 ~ 25 April 2011 Norma brain tumor stage 4
Norma part 20 ~ 5 May 2011 Norma operate kali ke-5 HKL day 66
Norma part 21 ~ 10 May 2011 Norma HKL day 71
Norma part 22 ~ 12 May 2011 Norma HKL day 73
Norma part 24 ~ 1 Jun 2011 Norma Onkologi HKL day 96
Norma part 25 ~ 5 June 2011 Norma pulang ke rumah
Norma part 26 ~ 15 June 2011 Emergency
Norma part 27 ~ 17 June 2011 2nd Cycle Radioteraphy
Norma part 28 ~ 26 June 2011 Norma back to HKL
Norma part 29 ~ 1 July 2011 Update Norma - Donation






8 comments:
Rad, yg sakit ni budak opis ko ke? Semoga tabah le lakinye tu....semoga Allah permudahkan le segala urusannye tu..
Azie thanks for publishing this entry ...ai really really appreciate it
MOga usaha kite yg kecil nih dapat memberi seribu makna pada Norma n Talib
Alhamdulillah Allah telah banyak membantu n Dia telah bukakkan banyak pintu para saudara sekalian utk membantu . Aku pun tak sangka benda ninh tersebar secepat nih and alhadulilllah kutipan adalah di luar jangkaarn sampai aku ngan sutan n talib pun terkejut
itew la rezeki Norma n Rafiq ...moga Allah la membalas jasa baik kalian suma
thanks Azie
I love u to .
Insyallah usaha murni ni akan dpt membantu Norma sekeluarga...Moon jgn sedih ya, insyallah ramai yg akan menghulurkan bantuan...we love you Moon...
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. [HR Bukhari].... harap keluarganye tabah dgn ujian ni..doa dr kejauhan...huhuhu
YA ALLAHHHH.....
semoga pasangan ini tabah hadapi dugaan dr Allah... berat mata melihat berat lagi bahu yg memikul...Ya Allah, kurniakan penyembuhan u Norma! DariMu dia datang dan kepadaMu dia kembali... (T_T)
Salam. Mohon copy entri ni. Untuk dimuatkan di dalam blog saya. Semoga ianya dapat membantu pesakit... InsyaAllah, saya akan bantu mengikut kemampuan..
Miss Sunshine...silakan marilah sebarkan untuk bantu pasangan muda ni.
Post a Comment