Keblinger

Keblinger

22nd day confinement

| Wednesday, June 20, 2012

Assalamualaikum w.b.t
Dah 22 hari mak berpantang dengan erti kata lain hari ni genap umur rayyan 22 hari. Kesian sofea kena stay KL sbb sekolah. Takkan nak ponteng sekolah kan. So Pak Sarip la yg uruskan sofea sementara mak di kg. Yana stay kt kg...sbb yana baru tadika so takpela ponteng...hehe. So far mak tak rasa boring duduk umah....pelik gak tgk org yg ckp boring bile pantang....mak enjoy sbb dpt rehat secukupnya sambil melayan baby. Sejak berpantang 22 hari nie mak memang berpantang dengan penuh berhemah...kira pantang betul2 tanpa melanggar sebarang pantang larang ok. Bukan pantang nampak yea u oolls. Sampai ke hari ni masih berpilis berparam berbengkung dan bertungku..ikat rambut tinggi. Berstokin 24hours. Sbb mmg niat di hati kali ni nk pantang betul2 sebab lepas ni nak rehat lama, so waktu ni la mak kena jaga betul2. Tak nk effect kemudian hari. Walaupun mak takder jahit masa bersalin tapi jalan dan duduk berkepit sbb mak nak kena jaga peranakkan sbb masih awal takut lasak nnt boleh jatuh rahim. Walaupun dah berurut tp tiga hari sebelum masuk 45hr mak akan berurut lagi utk di sengkak (naikkan peranakkan) dan btulkan urat bdn.  Ikutkan sekarang ni bdn dah rasa sihat ikutkan boleh berlari tp kena displin jln slow2. hehehe kira mcm perempuan melayu terakhir. Itu mak segan nak jumpa org....sbb mak mmg hodoh giler. Tunggu aii dah pasang bdn balik baru confident nak tunjuk kat uolls auwww :)
Tu dia muka lapar kalau lambat bg susu
Alhamdulillah sampai ke hari ni mak dapat breastfeed rayyan sepenuhnya. Mmg rezeki rayyan susu mak mmg banyak...susu sampai bengkak dan boleh pam utk simpan peti ais utk bekalan rayyan nnt. Ni lah boss baru mak sekarang Mr Rayyan. Mmg kena berkepit jelah standby anytime akan minta susu. Ni la muka dia kalau time marah lapar nak susu. Memang beza anak laki dgn anak perempuan...Anak laki kuat nyusu..every 2 jam akan terjaga nak susu...minum plak tu lama...setengah jam menyusu baru kenyang. Lepas nyusu nk sendawa punya la sekuat2nya. Mcm org besar. Kalau tak sendawakan lepas  nyusu takut kembung perut. Tido memang tak cukup lah...tp itu la pengorbanan kita sebagai ibu. Asyik bergilir susu kiri dan kanan sampai betul2 kenyang...mak oiii gelojoh rayyan...bile dia tau kita nak sua teks...dgn ganas menerkam terus...pastu kalau menyonyot sekuat kuat hati....menggigit jgn ckp la...sakit perit..smp luka-luka...itu belum ada gigi lagi tu...kalau tak lg haru...takpe la nak oiii, ummi ko ni mmg rela...janji kenyang anak bujang mak nie...hehehe. Harap cukup la bekalan susu utk rayyan. Dalam pantang ni memang mkn segala yang boleh banyakan susu...mcm mee sua....lobak putih dan mcm2 lagi mak pon tak tau...tau mkn jer..hehe
Ni la breast pump yang mak beli...dah lama mak idamkan medela FS dari anak pertama lagi...tapi fikir tak mampu. Ini pun sbb ada skim kutu medela FS yang dibuat oleh Aja aka Naza Sulaiman dari http://www.mybreastpumpshop.com. Kalau berminat boleh layari web tu yea. Harga Medela Freestyle RM1699 [1 year warranty] Poslaju RM35 Total RM1734.Kira mak bayar bulan2 RM200+ selama 6 bulan. Oklah kan?? xder la lama sgt.  Kalau nak bayar beriban sekali gus mmg tak mampu la den. Mak punya turn bulan 5 hari tu turn ke-3. So sebelum bersalin dah dapat happy sgt. Memang amat berguna ^__^

 
Ni lah muka anak bujang tuan hamba bile dah kekenyangan...muka stim puas hehehe...korang tau tak, nurse dari klinik kesihatan kg mak ni ada dtg ke rumah utk check baby. Mak pon tak tau mcm mana diaorg boleh tau yg mak bersalin...padahal mak bersalin kt Hosp Swasta. Rupa-rupanya org kg ni sungguh perihatin kalau dapat tau ada yg bersalin akan inform klinik kesihatan yg terdekat..sungguh bagus...mak ckp la kat nurse tu yang mak takde buku merah. Sbb bersalin kat hosp swasta. Tp nurse kata tak kisah...diaorg akan check gak...tanggungjwb diaorg...wah bagusss.  Nurse tu check kuning rayyan nampak ok....pastu timbang rayyan dan ckp yang rayyan skang dah 3.6kg skang...wah sungguh cepat naik...belum sebulan dah naik lebih 1/2 kg...kesan susu berkrim mak ko nie...hehehe.


Mak happy sgt sbb dpt berat bdn asal 51kg ^___^ masa nak bersalin hari tu berat mak 64kg berat bdn dah turun 13kg syukur...mungkin kesan breastfeeding.... Nak kata mak diet dalam pantang ni takde la...kuat gak mkn...nasi boleh tahan byknyerr....sbb fikir rayyan nyusu bdn so perlu bekalan mknan yg cukup. Minum air pun byk sbb bila  nyusu ni cepat dahaga uolls....Awal pantang hari tu mmg mak tak mkn sebarang jamu takut rayyan kuning teruk..so skang ni baru start makan jamu....Mak pilih makan Jamu Mak dara Gold. Ni first time guna...sevay kat internet ckp jamu ni bagus. Mak dah mkn baru 3 hari ni ada rasa keberkesanan nye....bdn rasa segar...ringan....so mak suggest la kat korang try la yea. Berat bdn mak pun cepat turun. Ni la satu2 jamu yang boleh mkn waktu breastfeed. Sbb tak berapa panas. Mak mkn berpeluh2 gak bdn....dlm pantang ni mmg bdn kena sentiasa panas...kentut boleh tahan gak...oppsss...hehehe...elok la tu kan...buang angin ...so berkesan la utk bdn mak...tak tau la kalo uolls....tp boleh cuba la kan...hehhee. Korang tgk la kat bawah kelebihan jamu ni. Bukan utk org bersalin jer...org biasa2 pun boleh cuba....:)












 Ni la bentuk jamunya harga RM49.00 sebotol.

Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-

1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan

5 comments:

{ hOtMaMa } at: 9:00 AM, June 22, 2012 said...

selamat berpantang azie! tomey nyer rayyan!

{ Azie Rad } at: 1:32 PM, June 25, 2012 said...

Thanks lela...tulah pulun nak berpantang berhemah nie..hehehe :)

{ fida } at: 3:58 PM, July 16, 2012 said...

salam cik azie,

Comelnya baby rayyan..

saya nak tanyer makan jamu mak dara ni dalam pantang, senang tak nak buang air besar:)

{ Azie Rad } at: 11:32 PM, July 30, 2012 said...

Hi Fida,

So far mkn jamu mak dara buang air besar takde masalah..tiap2 ari membuang..pastu angin pun byk kuar..hehehe. Bdn rasa ringan.

{ Shara } at: 3:11 PM, July 12, 2013 said...

Salams.. nk tanya.. saya dh beli jamu mak dara serbuk tu.. skang dh lepas bersalin bila nk makan tgk kat botol tu ade tulis ibu menyusu xleh makan.. tp google semua kata boleh.. konpius.. tu nk tanya kat cik azie yg berpengalaman ni..

 

Copyright © 2010 Every day is An Adventure